Monday, 2 April 2012

Disebabkan sorang mamat AFRIKA....??? RELA bubar??

Disebabkan sorang mamat afrika tu, habis RELA ni nak dibubarkan... Majlis Peguam menggesa kerajaan mengkaji semula keperluan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) sebagai badan beruniform... 
Rakyat nak negara ni bebas dari PATI... bukan makin penuh mamat afrika la, indon la, bangla la... tu belum masuk myanmar & vietnam... 
yang nak bekerja secara sah tu okla.. ni yang datang masuk negara orang, tak bagi salam plak, lepas tu buat hal, kacau anak dara orang...
ish.. tetiba majlis peguam ni minta kaji semula peranan RELA??? come on la.... ni ahli2 majlis peguam ni nak tegakkan keadilan ke nak banjirkan Malaysia ni dengan pendatang???? 

Wednesday, 7 December 2011

Apa dah jadi golongan MUDA sekarang?? Kekasih kena CEKUP?


*Gambar hiasan

 
Apa nak jadi dengan golongan anak muda sekarang? yang berpolitik habis semua dicaci maki hina kutuk...tak habis di situ, ada pula pakatan sana sini menjatuhkan pemimpin-pemimpin lama yang dah bersusah payah membina tamadun Malaysia ini.. Yang bersosial habis semua tak pandang hukum hakam, habis semua minuman ditonggaknya..bersekedudukan tak kira dengan siapa, asal seronok di dunia.. tak cukup dengan itu, buang anak macam buang sampah, tak berperikemanusiaan.. Cuba sama-sama muhasabah diri, kuatkan diri dengan azam.. tahun baru bulan Islam telah pun berlalu.. sekiranya tiada azam, binalah azam untuk tahun baru 2012 akan datang ini...

http://www.sinarharian.com.my/jenayah/tiga-pasang-kekasih-dicekup-1.11135

Wednesday, 30 November 2011

WOW!! Bila orang tak tahu apa ada pada BABI..

Seronok betul tengok pemimpin-pemimpin ini membelai anak babi yang sangat comel itu. Wahhh... bukan main gelak lagi nampaknya. Ok lah tu, tak berdosa pun diorang nak pegang, tak perlu nak disamak pun nati kalau dah balik rumah or balik pejabat. Boleh lah salam-salam dengan rakyat yang berbilang bangsa. OPPSSS... Jangan salam dengan aku ye.. Hehehe... Geli pulak aku tengok. Aku je la yang geli, tak tau plak korang semua. Terpulang pada anggapan masing-masing. Cuma tetiba aku terjumpa satu VIDEO yang lebih mengGIURkan lagi perasaan aku terhadap gambar di atas ni. Cuba korang tengok betul-betul video di bawah ini dan nilaikan ia. Selamat MENONTON!!!

Menarik kan?? Jadi berhati-hati kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah SRJK yang kurang mengambil berat makanan HALAL kepada murid-murid sekolah. Sediakan bekalan makanan secukupnya agar anak-anak yang kecil dan masih mentah tidak mudah membeli makanan di kantin sekolah dan termakan makanan yang tidak halal. Moga hati tidak hitam dan terhindar dari terus jauh menghayati agama Islam... Amin....

Thursday, 17 November 2011

BOB LOKMAN datang LAGI....

BOB... bob... bob... Ada lagi cerita dia ni. Dengar cerita Bob Lokman telah menuduh orang Johor di Ulu Tiram menjadi murtad sebab bangun jam 5 pagi ke Singapura dan tiba di sana jam 7 pagi untuk bekerja. Apabila hampir 10 tahun tak solat subuh maka orang-orang Johor tu menjadi murtad. Mudahnya melabelkan orang murtad?? Jangan terlalu mudah menuduh orang tanpa menyelidik terlebih dahulu. Cicit Tok Kenali ini perlu mendalami ilmu agama macam atuknya. Bagaimana seseorang yang dulunya bergelumang dengan dunia artis, telah berubah dan insaf, terus menjadi penceramah bebas?? Jangan jadi ulama mee segera. Masyarakat perlu memastikan apa yang disampaikan berlandaskan ajaran agama Islam yang sebenar. Jangan mudah mempercayai dengan latar belakang keluarga tetapi bukan individu tersebut! Renung-renungkanlah wahai saudaraku…
p/s: ustaz bob lokman, kalau boleh tak payah la pakai baju t-shirt ada tulisan tu. Pakai jubah ke baju melayu ke, kan elok jadi contoh orang yang datang tengok! macam tak ada baju lain je..

Wednesday, 2 November 2011

Alahai GELI aku TENGOK!


alahai geli aku tengok!

Bila AGAMA tidak diletak atas tunjang paksi utama, maka inilah jadinya. Program Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear yang berlangsung 1 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery. Apakah sekarang ini dah kembali zaman kaum Nabi Luth? Kaum yang telah dibinasakan oleh Allah SWT atas perilaku songsang mereka.

Tak sama ke apa yang diperjuangkan oleh Ambigos Lodos ini tentang perjuangan human right, menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Hah??

Mereka seolah-olah MENUTUPI MATA banyak pihak seperti mereka ini sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.
Fitrah manusia ialah hidup berpasang-pasangan lelaki dan perempuan. Semua agama menolak budaya songsang ini. Perkahwinan atau hubungan sesama jenis adalah suatu noda yang dilarang oleh Islam ke atas penganutnya kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi. Yang menyokong ni tak tahulah nak diletak bawah agama mana.

INGAT kebebasan bukan bermaksud bebas melakukan apa sahaja sehingga bertentangan dengan fitrah dan agama. RASANYA orang yang tidak beragama sekalipun, ada akal boleh fikir apa yang boleh dan apa yang tidak boleh,


Kalau BODOH, BODOH jugak!

Sekadar renungan dan ingatan...
"Hendaklah kamu bertanya orang yang tahu jikalau kamu tidak tahu"
Bila kita tak tahu satu-satu perkara, wajib kita rujuk orang yang betul, tempat yang betul. Dengar betul2. Jadikan ceramah ustaz Azhar Idrus ni sebagai satu ingatan dan ilmu untuk kita tidak ego dan sombong dengan keBODOHan kita sendiri.

Friday, 28 October 2011

Boleh ke MAKAN ni?? HALAL ke??



Sila baca laporan berita MyNewsHub:-

KUALA LUMPUR – Ahli-Ahli Parlimen DAP yang diketuai oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini memperkenalkan ‘menu rakyat’ di sebuah restoran sayur-sayuran di Segambut, bagi menandingi Menu 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

Teresa berkata, menu yang berkonsepkan ‘vege’ (sayur-sayuran) tersebut jelas lebih baik dan murah berbanding Menu 1Malaysia yang lebih mahal. - statement ni ok lagi..

“Menu yang Najib makan itu sebenarnya berharga RM6 sedangkan Menu Rakyat yang terdapat di restoran ini hanya RM2 untuk sepinggan nasi putih dan tiga lauk,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - ni pun okla.. ala2 tiru gitu..

Restoran Sayur-Sayuran Fortune Land yang terletak di Jalan Ipoh, Segambut itu adalah sebuah restoran Cina yang menghidangkan makanan berkonsepkan sayur-sayuran dan didakwa ‘halal’ untuk semua rakyat, termasuk umat Islam. -tapi statement ni rase cam nak muntah je... HALAL ke?? Tau ke diorang ni ape maksud HALAL tu??

Bagaimanapun, Pengurus restoran tersebut, Agnes Yap, mengaku restoran di bawah pengurusannya itu tidak mendapat sebarang sijil halal dan tidak pernah memohon sijil tersebut dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). “Tidak, kami memang tak ada sijil atau logo halal, tapi makanan di sini semuanya berkonsepkan sayur-sayuran dan ‘halal’,” katanya ketika ditemui di situ. - aikk.. xde sijil halal tapi boleh kate makanan kat situ HALAL??

Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang turut hadir di sidang akhbar itu berkata, restoran ini sangat sesuai untuk golongan berpendapatan rendah selain menyediakan menu yang sihat kepada rakyat.-walaupun berpendapatan rendah, xselera la makan kedai tu..

“Harga untuk sepinggan nasi dan tiga lauk hanya RM2 saja, macam-macam ada, mee wantan semuanya murah,” katanya kepada Mynewshub.my -ayat macam-macam ada tu yang musykil, takut semua benda dimasukkan sebagai perencah!

Thursday, 27 October 2011

Jangan cari PASAL!

Bila tengok statement ini rasa macam bengang pun ade.. Jangan dijadikan mainan untuk hukum hakam agama Islam ni.. Jangan sebab nak sangat menang PRU13 ni, habis semua digadai.. Apa yang diperjuangkan dengan mudah dilupakan terus.. Bangkitla.. bangunlah.. bukalah mata tu...


 
Dilampirkan petikan sulit fail taklimat rahsia bertajuk "Formula Kemenangan" yang diadakan pada 18 Januari 2011. Baca dan fahami sendiri motif Hudud PAS. Hudud PAS bukan untuk menegakkan Islam. Hudud PAS hanya untuk membeli undi untuk PRU13. Dirujuk di sini.

Saturday, 22 October 2011

PENTING ke PERTIKAI jumlah yang HADIR HIMPUN??

Kenapa perlu dinilai kejayaan atau kegagalan HIMPUN semalam? Kalau orang yang datang ramai bermaksud BERJAYA lah? Kalau orang yang datang sikit bermakna GAGAL la? Itu ke yang diletak sebagai penanda aras kejayaan dan kegagalan??? Disebabkan ada yang menghasut untuk tidak turut serta, maka timbullah komen-komen dan cerita-cerita tentang jumlah yang hadir.. Itu ke yang PENTING??

Kenapa tidak melihat kepada intipati dalam HIMPUN tu? Apa yang telah disampaikan dan doa-doa oleh Dr Hassan Ali? Bagaimana dilihat susahnya sekarang ini dalam mempertahankan AKIDAH umat Islam yang semakin lama semakin TERHAKIS?? Bagaimana kita lihat kalau PERANAN IBU BAPA tidak diambil berat dalam menyemai rasa cintakan ISLAM kepada ANAK-ANAKNYA?? Apa yang telah terjadi mungkin akan terjadi lagi...

HIMPUN ini biarlah dilihat dari satu sudut POSITIF untuk MEMPERTAHANKAN AKIDAH umat ISLAM.. JANGAN asyik MEMPERLEKEH berita-berita yang akhirnya hanya akan dipandang sebelah mata. BERHUJAH lah atas dasar dan ilmu Agama ISLAM.. Pertahankan ISLAM..

Tuesday, 18 October 2011

Ada Yang MENENTANG Perhimpunan Sejuta Umat ini??


Apa yang salahnya Perhimpunan Sejuta Umat ini? Masih ada yang menentang? Sejauh mana umat Islam masih mampu pertahankan akidah generasi kini dan akan datang.. Biar kita tahu peranan setiap lapisan umat Islam ini dalam mempertahankan Agama Islam ini.. Islam bukan hanya pada nama, tapi dari segala-segalanya. Sekarang banyak gerakan-gerakan halus yang kita kurang sedar telah tersebar meluas.. Jangan mudah terpengaruh dengan kebaikan seseorang.. Perlu dinilai dari pelbagai sudut.. Apa yang terjadi telah pun berlalu... Ape yang perlu adalah tindakan mencegahnya.. Mengubat?? Parah juga bila sudah terlibat secara langsung dengan aktiviti kristianisasi ini... Yang datang hebat2 belaka.. Jangan dimasukkan unsur politik.. Buka lah mata buka lah telinga seluas-luasnya.. Berhujah lah dengan ilmu bukan sebagai mainan kotor politik... Bersatulah demi kesucian Agama Islam sebagai agama rasmi negara ini..

Wednesday, 12 October 2011

Keadaan semakin parah dan KRONIK!




Keadaan semakin parah dan KRONIK! Itu yang boleh diungkapkan apabila berbicara tentang isu murtad ini. Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, terdapat empat golongan yang menjadi tumpuan utama kumpulan pendakwah Kristian yang sedang bergiat aktif di Selangor:
      1. Golongan miskin
      2. Golongan Anak Muda
      3. Pesakit Kronik
      4. Golongan intelek yang berpengaruh tetapi kurang pengetahuan agama.

Tapi rasanya ada lagi golongan-golongan yang menjadi menjadi tumpuan juga sebagai contoh:
      1. Ibu Tunggal
      2. Pelajar-pelajar sekolah terutama di Bandar
      3. Pelajar-pelajar Universiti di Kota Metropolitan
      4. Anak-anak di sekolah tadika di bandar

Semakin hari dapat dilihat gerakan kumpulan pendakwah Kristian ini mencari ruang dan peluang untuk menambah bilangan golongan yang murtad. Dulu ada OPS Masih Ada Yang Sayang.. Tetapi sekarang iaitu Unit Selamatkan Aqidah (USA). USA diharap bukan sahaja memberi ceramah semata-mata tetapi beroperasi bagi memastikan keselamatan aqidah generasi muda kini yang cetek pengetahuan agama. “Kebanyakan yang datang pada kita adalah mereka yang menetap di kawasan bandar dan mengaku pernah menerima bantuan daripada gerakan itu akibat kesempitan hidup dan sukar mendapat bantuan daripada pihak berkaitan,” kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Oleh sebab itu, antara perkara atau aktiviti yang perlu diambil berat dan peranan individu dan organisasi dalam menangani isu ini ialah:

   1. Didikan agama perlu disemai sejak kecil lagi menerusi kegiatan keagamaan dan mendekatkan diri serta  keluarga dengan aktiviti di surau-surau dan masjid.
   2. Pemantauan teknologi internet harus sentiasa diambil berat agar anak-anak muda tidak terpengaruh untuk menonton laman-laman web yang bersifat lucah yang menjadi trend di masa kini oleh kebanyakan golongan remaja.
   3. Pergaulan juga harus dikawal agar batas-batas perhubungan di antara bukan muhrim sentiasa diingatkan bagi mengelak punca berlakunya maksiat.   

Harus diingat bahawa kumpulan ini menjalankan penerapan fahaman Kristian menggunakan pelbagai taktik dan strategi, termasuk menerusi pendekatan Islamik dengan cara yang sangat halus - sinarharian

Monday, 10 October 2011

Betul la tindakan JAIS!!!

Betul la tindakan JAIS!!! Titah baginda DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor menyatakan tindakan Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis ‘Thanksgiving Dinner’ yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.

errr... Jangan lupa sikat rambut sikit ye...

Dulu belum apa-apa lagi dah si Khalid Ibrahim minta maaf atas tindakan JAIS. Masa tu dia ni tau ke tindakan tu dah salah? Cuba tengok titah sultan tu, PEMERIKSAAN bukan SERBUAN!! Ada faham ka? Periksa bila terima aduan.. betul la JAIS laksanakan tanggungjawabnya!


"Hak kebebasan beragama telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan. Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam." -agendadaily

Friday, 7 October 2011

TERJAWAB sudah Bajet Alternatif vs Bajet Kerajaan 2012!!



Ini bajet memang untuk rakyat..

Sejahtera untuk semua....

Terjawab sudah perbezaan belanjawan yang dibentang oleh kerajaan & belanjawan alternatif oleh pakatan rakyat.. kalau dilihat kedua-duanya dapat kita menilai bajet yang dibuat berdasarkan orang yang mengetahui kedudukan kewangan dengan orang yang hanya tahu jumlah kewangan & membahagikannya. "(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr. Mahathir.

DS Anwar Ibrahim mengatakan bahawa bajet alternatif yang dihasilkan ini tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.. Memang la patut macam tu, buang duit je kalau buat bajet angan-angan ini.. Sebab itu, dalam ucapan bajetnya, sempat lagi menyentuh isu-isu peribadi mantan Perdana Menteri. Profesional kah itu??

Kalau nak tengok dari segi kepandaian, memang kurang sikit la pakatan ini sebab dah bentang awal dan minta orang bandingkan. Tentulah apa yang dibentangkan itu telah diperhalusi dan dibincangkan serta diambil kira oleh kerajaan. Tak bijak langsung. Macam ini ke nak tadbir kerajaan?? Cuma terpikir juga, siapa agaknya orang yang buat bajet untuk pakatan tu? Sekadar penganalisa je ke atau orang yang betul2 tau pasal kewangan ni?

Bajet yang dibentang petang semalam dilihat bukan bajet pilihanraya sepertimana yang digembar gemburkan oleh pakatan dari pelbagai aspek dapat dilihat - pengangkutan, pendidikan, pertanian, kemajuan luar bandar, bank, FELDA dan bermula dari anak yang baru dilahirkan hinggalah warga emas mendapat faedah dan kebaikannya. Bukan seperti apa yang dikatakan DSAI "Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup umpama melukut di tepi gantang. "

Monday, 3 October 2011

Bikin PANAS Guan Eng ni!!

Dapat juga info tentang kadar jenayah di 2 negeri ni.. Thanks to Anak Seberang! -klik sini-

Pulau Pinang :
Penduduk = 1,520,143 orang
Keluasan = 1,046 km sq.
Jumlah jenayah yang direkodkan = 12,161 kes
Kadar jenayah untuk setiap 100,000 penduduk = 800.06 kes

Johor :
Penduduk = 3,233,434
Keluasan = 19,210 km sq.
Jumlah jenayah yang direkodkan = 20,684 kes
Kadar jenayah untuk setiap 100,000 penduduk = 639 kes

Johor 161.06 kes lebih rendah berbanding Pulau Pinang bagi setiap 100 ribu.

Agak2 la Guan Eng.. Lu cakap biar ada asas.. Jangan main sedap mulut je.. Gua hangin betul tengok lu skarang ni.. Sakit gua dengar lu cakap buruk-buruk pasal Johor.. Tempat lahir gua tu.. Lu jangan main-main.. Minta maaf la dengan sultan.. setakat keluar youtube, muka minta maaf tak ikhlas langsung! Bertanggungjawab la ape yang dah lu cakap... Gua tunggu je lu ni kat simpang!

Kenapa perlu TAKUT dengan HUDUD?


Rasa kurangnya ilmu bila berbicara tentang agama. Hanya sekadar secubit ilmu di dada yang boleh dikongsi bersama.. Hukum hudud adalah hukum Allah. Hukum Allah tak boleh kita pertikai.. Itu adalah rukun iman yang pertama iaitu percaya kepada Allah yang bermaksud percaya kepada perintahNya.. Ada hikmah dan pengajaran di sebalik kenapa hukum ini diturunkan kepada umat manusia. Agama Islam ni tidak akan menindas umatnya hanya dengan hukuman yang dikenakan. Setiap satu kesalahan diperhalusi sebelum dijatuhkan hukuman. Kenapa kita perlu TAKUT kalau KITA TAK BUAT KESALAHAN?

Hukum hudud ni BANYAK MEMBERI PENGAJARAN supaya orang lain TAK BUAT PERKARA-PERKARA BURUK/MAKSIAT yang sama yang boleh MERUNTUHKAN AKHLAK UMAT MANUSIA kalau tidak dibendung.

Zainah Anwar ni dalam artikelnya di The Star kata hukum ini tidak adil kerana berbeza hukuman sekiranya orang itu orang bukan Islam dan di luar negeri yang melaksanakan hudud itu. Sapa ZA ni sebenarnya?? Sister in Islam?? Tetapi kena kita beringat bahawa setiap umat ISLAM boleh lepaskan diri dengan hukuman di dunia TETAPI tidak di AKHIRAT. Hukuman khas untuk umat Islam yang melakukan KESALAHAN adalah untuk memperbaiki diri umat ISLAM sendiri. Kalau tak buat salah, buat apa nak takut?? Biarlah bangsa dan agama lain melihatnya dan mempertikaikannya. Kita punya pendirian, kita punya Agama, itu yang membezakan kita. Semakin kita mendekatkan diri dengan Allah, semakin mudah jalan kita menuju ke arah kebaikan. Janganlah kerana ingin sepakat dalam mendapat kemenangan pilihanraya, kita semakin jauh dengan agama.. NILAI LA SENDIRI!! 

Friday, 30 September 2011

KRITIK boleh, tapi jangan KUTUK!!

Wahai orang-orang Melayu... haruslah sedar sepertimana kata-kata saudara Zulkifli Yahaya ini.. Ayuh kita bangkit dari kekurangan dan kealpaan ini.. Tengok mana yang di highlight tu.. ambil iktibar dan perbaiki diri dan personaliti kita.. Jangan KUTUK tapi KRITIK la.. Sekarang dalan dunia cyber, sentuhan jari ni amat mendapat perhatian dunia.. Siapa pun boleh baca apa yang ditulis!! Ini ditujukan kepada semua parti politik tak kira la UMNO ke PAS ke PKR ke DAP ke MCA ke MIC ke.. Kira semua la... Yang tak berpolitik pun... Guna otak bila berbicara...




Berikut adalah senarai KESILAPAN yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR:


1. Kesilapan terbesar jurukempen alam siber ialah tidak memokuskan tugas utamanya iaitu cuba mengubah minda sasaran. Ramai yang berminat menyindir, mengutuk, menghina, memperlekeh dan merendahkan pihak lawan. Pihak lawan membalas balik dengan serangan yang lebih ganas, memaki hamun, mencarut, memberi gelaran buruk. Atau pihak lawan yang memulakan dan kita memberi reaksi serupa. Apa hasilnya? Kita adalah penyokong PR tegar manakala mereka adalah penyokong BN tegar. Tiada siapa akan berubah. Yang akan terubah persepsi ialah rakan-rakan atas pagar yang melihat kedua belah pihak sama saja, 2x5, 5x2. Jadi, betulkan nawaitu serta tujuan kita: Hendak mempengaruhi orang ramai atau hendak melepas geram.

2. Jangan termakan provokasi lawan. Berhujah dengan lunak berasaskan dalil dan fakta. Hujah kita akan dinilai oleh golongan yang rasional. Biarkan pihak lawan melakukan serangan kotor kerana semakin celupar mereka 'berhujah' semakin hilang wibawa mereka. Kita yang untung.

3. Jangan guna gelaran buruk untuk lawan. Contoh: Najis Tun Razak, Wak Sembab (Muhyiddin Yasin), Hisham Aww, Khir Toyol. Ingat tugas anda ialah mempengaruhi golongan atas pagar dan golongan rasional. Pihak lawan sering menggunakan N.ajis, Pork Nick, Aljuburi, Peliwat Tegar, Anugay, Mat Sabun, Mat Shabu, DAPig, hamPAS.. Biarkan, kerana ia 'sangat membantu' kita.

4. Jangan memaki hamun, eg. Babi, anjing, bodoh, bengap, keldai, haramjadah, celaka. Jangan mengejek, eg. Wakakaka, perghh, huahhh. Jangan mencarut. Tiada sasaran yang akan terpengaruh dengan maki hamun dan ejekan, tetapi manusia terpengaruh dengan hujah dan fakta.

5. Jangan menyerang penyokong atau pengikut. Tahap kesetiaan penyokong mana-mana parti adalah berbeza. Penyokong yang lemah dan rasional mempunyai keupayaan untuk berubah tapi jika kita menyerang penyokong BN secara borong, yang lemah pun akan terasa kuat. Jadi elakkan mengguna perkataan puak-puak tu, penganut UMNO, pengikut buta tuli UMNO, geng songkok tinggi dll. Yang mesti diserang ialah para pemimpin mereka di semua peringkat.

6. Bagi segolongan rakan FB dari kalangan penyokong PR, mereka hanya gemar menjadi pembaca, langsung tidak mahu berperanan sebagai penyebar maklumat. Di luar sana, kita sibuk menyalahkan BN kerana media yang berat sebelah tetapi di alam siber yang beratnya berbelah-belah kita tidak memanfaatkan peluang yang terhidang. Jadilah pencetus dan pengkomen, bukan hanya sekadar pembaca.

7. Masing-masing pemegang akaun FB mempunyai rangkaian rakannya tersendiri. Terlalu banyak bahan kempen yang sampai berupa nota, banner, kartun ataupun klip video. Lakukan 'share' (kongsi), hanya dengan satu sentuhan beribu rangkaian rakan kita akan memperolehnya. Lagi banyak maklumat yang sama disebarkan, lagi teguh kepercayaan orang terhadapnya. Sangat mudah untuk dilakukan mengapa tidak buat?

Hari ini ceramah tidak lagi mendapat sambutan seperti satu atau dua dekad lalu. Maklumat yang mudah diperolehi dari media baru mungkin menjadi sebab. Tenaga dan masa yang diperlu untuk mengatur satu program ceramah sangat besar.

Kelebihan FB ialah rangkaian rakan-rakannya adalah golongan menengah dan terpelajar dalam masyarakat. Cakap mereka berwibawa dan didengari. Pengaruhi mereka, lalu biarkan mereka mempengaruhi masyarakat.

BerINGAT Mr Lim GUAN Eng!

 

Beringat tu Mr Lim Guan Eng! 
Selepas minta maaf, apa lagi episod seterusnya Mr LGE? Nak saman berita ka? Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata? Nasib lah ye.. Jangan nak main libat pulak dengan sultan ni.. Macam dah jadi trend pulak di negeri pakatan ni.. Apa-apa isu nak terus libatkan sultan macam di Selangor tempoh hari tentang isu Murtad di DUMC, sampai sekarang tak dedahkan lagi apa laporan yang dikeluarkan oleh JAIS..

Sultan Johor dah titah ;
"Biarlah ahli politik yang berpolitik, jangan heret Sultan sekali. Tidak perlu ada orang bercakap sebagai wakil kerana saya boleh buat sendiri."


Pesanan buat Mr LGE - Biar la ikhlas nak mintak maaf tu.. Jangan nak tuding jari lagi arah orang lain.. satu awak tunjuk, 4 lagi jari mengadap diri sendiri tau.. AMARAN KERAS.. Jangan buat RAKYAT JOHOR MARAH!

Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.


Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.

Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.


Dalam laporan media, DYMM Sultan Johor juga bertitah bahawa Baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah DYMM Sultan Johor.

Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional.

Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang di mana saya membuat ucapan saya, apa yang sebenarnya yang diperkatakan, bagaimana ia dikatakan dan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat.

Setakat ini, selain daripada pita rakaman yang disiarkan oleh TV3, tidak ada sebarang laporan media tentang apa yang saya katakan di Singapura atau di Australia.

Saya mempunyai akses untuk pita rakaman wawancara saya dengan Radio Australia. Saya masih sedang mencari pita rakaman tentang apa yang saya katakan di Singapura yang dibuat secara peribadi dalam satu sesi tertutup.

Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah, ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama.