Monday, 10 October 2011

Betul la tindakan JAIS!!!

Betul la tindakan JAIS!!! Titah baginda DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor menyatakan tindakan Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis ‘Thanksgiving Dinner’ yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.

errr... Jangan lupa sikat rambut sikit ye...

Dulu belum apa-apa lagi dah si Khalid Ibrahim minta maaf atas tindakan JAIS. Masa tu dia ni tau ke tindakan tu dah salah? Cuba tengok titah sultan tu, PEMERIKSAAN bukan SERBUAN!! Ada faham ka? Periksa bila terima aduan.. betul la JAIS laksanakan tanggungjawabnya!


"Hak kebebasan beragama telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan. Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam." -agendadaily

No comments:

Post a Comment