Friday, 28 October 2011

Boleh ke MAKAN ni?? HALAL ke??



Sila baca laporan berita MyNewsHub:-

KUALA LUMPUR – Ahli-Ahli Parlimen DAP yang diketuai oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini memperkenalkan ‘menu rakyat’ di sebuah restoran sayur-sayuran di Segambut, bagi menandingi Menu 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

Teresa berkata, menu yang berkonsepkan ‘vege’ (sayur-sayuran) tersebut jelas lebih baik dan murah berbanding Menu 1Malaysia yang lebih mahal. - statement ni ok lagi..

“Menu yang Najib makan itu sebenarnya berharga RM6 sedangkan Menu Rakyat yang terdapat di restoran ini hanya RM2 untuk sepinggan nasi putih dan tiga lauk,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - ni pun okla.. ala2 tiru gitu..

Restoran Sayur-Sayuran Fortune Land yang terletak di Jalan Ipoh, Segambut itu adalah sebuah restoran Cina yang menghidangkan makanan berkonsepkan sayur-sayuran dan didakwa ‘halal’ untuk semua rakyat, termasuk umat Islam. -tapi statement ni rase cam nak muntah je... HALAL ke?? Tau ke diorang ni ape maksud HALAL tu??

Bagaimanapun, Pengurus restoran tersebut, Agnes Yap, mengaku restoran di bawah pengurusannya itu tidak mendapat sebarang sijil halal dan tidak pernah memohon sijil tersebut dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). “Tidak, kami memang tak ada sijil atau logo halal, tapi makanan di sini semuanya berkonsepkan sayur-sayuran dan ‘halal’,” katanya ketika ditemui di situ. - aikk.. xde sijil halal tapi boleh kate makanan kat situ HALAL??

Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang turut hadir di sidang akhbar itu berkata, restoran ini sangat sesuai untuk golongan berpendapatan rendah selain menyediakan menu yang sihat kepada rakyat.-walaupun berpendapatan rendah, xselera la makan kedai tu..

“Harga untuk sepinggan nasi dan tiga lauk hanya RM2 saja, macam-macam ada, mee wantan semuanya murah,” katanya kepada Mynewshub.my -ayat macam-macam ada tu yang musykil, takut semua benda dimasukkan sebagai perencah!

No comments:

Post a Comment