Friday, 7 October 2011

TERJAWAB sudah Bajet Alternatif vs Bajet Kerajaan 2012!!



Ini bajet memang untuk rakyat..

Sejahtera untuk semua....

Terjawab sudah perbezaan belanjawan yang dibentang oleh kerajaan & belanjawan alternatif oleh pakatan rakyat.. kalau dilihat kedua-duanya dapat kita menilai bajet yang dibuat berdasarkan orang yang mengetahui kedudukan kewangan dengan orang yang hanya tahu jumlah kewangan & membahagikannya. "(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr. Mahathir.

DS Anwar Ibrahim mengatakan bahawa bajet alternatif yang dihasilkan ini tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.. Memang la patut macam tu, buang duit je kalau buat bajet angan-angan ini.. Sebab itu, dalam ucapan bajetnya, sempat lagi menyentuh isu-isu peribadi mantan Perdana Menteri. Profesional kah itu??

Kalau nak tengok dari segi kepandaian, memang kurang sikit la pakatan ini sebab dah bentang awal dan minta orang bandingkan. Tentulah apa yang dibentangkan itu telah diperhalusi dan dibincangkan serta diambil kira oleh kerajaan. Tak bijak langsung. Macam ini ke nak tadbir kerajaan?? Cuma terpikir juga, siapa agaknya orang yang buat bajet untuk pakatan tu? Sekadar penganalisa je ke atau orang yang betul2 tau pasal kewangan ni?

Bajet yang dibentang petang semalam dilihat bukan bajet pilihanraya sepertimana yang digembar gemburkan oleh pakatan dari pelbagai aspek dapat dilihat - pengangkutan, pendidikan, pertanian, kemajuan luar bandar, bank, FELDA dan bermula dari anak yang baru dilahirkan hinggalah warga emas mendapat faedah dan kebaikannya. Bukan seperti apa yang dikatakan DSAI "Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup umpama melukut di tepi gantang. "

No comments:

Post a Comment