Wahai orang-orang Melayu... haruslah sedar sepertimana kata-kata saudara Zulkifli Yahaya ini.. Ayuh kita bangkit dari kekurangan dan kealpaan ini.. Tengok mana yang di highlight tu.. ambil iktibar dan perbaiki diri dan personaliti kita.. Jangan KUTUK tapi KRITIK la.. Sekarang dalan dunia cyber, sentuhan jari ni amat mendapat perhatian dunia.. Siapa pun boleh baca apa yang ditulis!! Ini ditujukan kepada semua parti politik tak kira la UMNO ke PAS ke PKR ke DAP ke MCA ke MIC ke.. Kira semua la... Yang tak berpolitik pun... Guna otak bila berbicara...
Berikut adalah senarai KESILAPAN yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR:
1.
Kesilapan terbesar jurukempen alam siber ialah tidak memokuskan tugas
utamanya iaitu cuba mengubah minda sasaran. Ramai yang berminat
menyindir, mengutuk, menghina, memperlekeh dan merendahkan pihak lawan.
Pihak lawan membalas balik dengan serangan yang lebih ganas, memaki
hamun, mencarut, memberi gelaran buruk. Atau pihak lawan yang memulakan
dan kita memberi reaksi serupa. Apa hasilnya? Kita adalah penyokong PR
tegar manakala mereka adalah penyokong BN tegar. Tiada siapa akan
berubah. Yang akan terubah persepsi ialah rakan-rakan atas pagar yang
melihat kedua belah pihak sama saja, 2x5, 5x2. Jadi, betulkan nawaitu
serta tujuan kita: Hendak mempengaruhi orang ramai atau hendak melepas
geram.
2. Jangan termakan provokasi lawan. Berhujah dengan lunak
berasaskan dalil dan fakta. Hujah kita akan dinilai oleh golongan yang
rasional. Biarkan pihak lawan melakukan serangan kotor kerana semakin
celupar mereka 'berhujah' semakin hilang wibawa mereka. Kita yang
untung.
3. Jangan guna gelaran buruk untuk lawan. Contoh: Najis
Tun Razak, Wak Sembab (Muhyiddin Yasin), Hisham Aww, Khir Toyol. Ingat
tugas anda ialah mempengaruhi golongan atas pagar dan golongan
rasional. Pihak lawan sering menggunakan N.ajis, Pork Nick, Aljuburi,
Peliwat Tegar, Anugay, Mat Sabun, Mat Shabu, DAPig, hamPAS.. Biarkan,
kerana ia 'sangat membantu' kita.
4. Jangan memaki hamun, eg.
Babi, anjing, bodoh, bengap, keldai, haramjadah, celaka. Jangan
mengejek, eg. Wakakaka, perghh, huahhh. Jangan mencarut. Tiada sasaran
yang akan terpengaruh dengan maki hamun dan ejekan, tetapi manusia
terpengaruh dengan hujah dan fakta.
5. Jangan menyerang penyokong
atau pengikut. Tahap kesetiaan penyokong mana-mana parti adalah
berbeza. Penyokong yang lemah dan rasional mempunyai keupayaan untuk
berubah tapi jika kita menyerang penyokong BN secara borong, yang lemah
pun akan terasa kuat. Jadi elakkan mengguna perkataan puak-puak tu,
penganut UMNO, pengikut buta tuli UMNO, geng songkok tinggi dll. Yang
mesti diserang ialah para pemimpin mereka di semua peringkat.
6.
Bagi segolongan rakan FB dari kalangan penyokong PR, mereka hanya
gemar menjadi pembaca, langsung tidak mahu berperanan sebagai penyebar
maklumat. Di luar sana, kita sibuk menyalahkan BN kerana media yang
berat sebelah tetapi di alam siber yang beratnya berbelah-belah kita
tidak memanfaatkan peluang yang terhidang. Jadilah pencetus dan
pengkomen, bukan hanya sekadar pembaca.
7. Masing-masing pemegang
akaun FB mempunyai rangkaian rakannya tersendiri. Terlalu banyak bahan
kempen yang sampai berupa nota, banner, kartun ataupun klip video.
Lakukan 'share' (kongsi), hanya dengan satu sentuhan beribu rangkaian
rakan kita akan memperolehnya. Lagi banyak maklumat yang sama
disebarkan, lagi teguh kepercayaan orang terhadapnya. Sangat mudah
untuk dilakukan mengapa tidak buat?
Hari ini ceramah tidak lagi
mendapat sambutan seperti satu atau dua dekad lalu. Maklumat yang mudah
diperolehi dari media baru mungkin menjadi sebab. Tenaga dan masa yang
diperlu untuk mengatur satu program ceramah sangat besar.
Kelebihan FB ialah rangkaian
rakan-rakannya adalah golongan menengah dan terpelajar dalam
masyarakat. Cakap mereka berwibawa dan didengari. Pengaruhi mereka,
lalu biarkan mereka mempengaruhi masyarakat.

No comments:
Post a Comment