Friday, 28 October 2011
Boleh ke MAKAN ni?? HALAL ke??
Sila baca laporan berita MyNewsHub:-
KUALA LUMPUR – Ahli-Ahli Parlimen DAP yang diketuai oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini memperkenalkan ‘menu rakyat’ di sebuah restoran sayur-sayuran di Segambut, bagi menandingi Menu 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.
Teresa berkata, menu yang berkonsepkan ‘vege’ (sayur-sayuran) tersebut jelas lebih baik dan murah berbanding Menu 1Malaysia yang lebih mahal. - statement ni ok lagi..
“Menu yang Najib makan itu sebenarnya berharga RM6 sedangkan Menu Rakyat yang terdapat di restoran ini hanya RM2 untuk sepinggan nasi putih dan tiga lauk,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - ni pun okla.. ala2 tiru gitu..
Restoran Sayur-Sayuran Fortune Land yang terletak di Jalan Ipoh, Segambut itu adalah sebuah restoran Cina yang menghidangkan makanan berkonsepkan sayur-sayuran dan didakwa ‘halal’ untuk semua rakyat, termasuk umat Islam. -tapi statement ni rase cam nak muntah je... HALAL ke?? Tau ke diorang ni ape maksud HALAL tu??
Bagaimanapun, Pengurus restoran tersebut, Agnes Yap, mengaku restoran di bawah pengurusannya itu tidak mendapat sebarang sijil halal dan tidak pernah memohon sijil tersebut dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). “Tidak, kami memang tak ada sijil atau logo halal, tapi makanan di sini semuanya berkonsepkan sayur-sayuran dan ‘halal’,” katanya ketika ditemui di situ. - aikk.. xde sijil halal tapi boleh kate makanan kat situ HALAL??
Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang turut hadir di sidang akhbar itu berkata, restoran ini sangat sesuai untuk golongan berpendapatan rendah selain menyediakan menu yang sihat kepada rakyat.-walaupun berpendapatan rendah, xselera la makan kedai tu..
“Harga untuk sepinggan nasi dan tiga lauk hanya RM2 saja, macam-macam ada, mee wantan semuanya murah,” katanya kepada Mynewshub.my -ayat macam-macam ada tu yang musykil, takut semua benda dimasukkan sebagai perencah!
Thursday, 27 October 2011
Jangan cari PASAL!
Bila tengok statement ini rasa macam bengang pun ade.. Jangan dijadikan mainan untuk hukum hakam agama Islam ni.. Jangan sebab nak sangat menang PRU13 ni, habis semua digadai.. Apa yang diperjuangkan dengan mudah dilupakan terus.. Bangkitla.. bangunlah.. bukalah mata tu...
Dilampirkan petikan sulit fail taklimat rahsia bertajuk "Formula Kemenangan" yang diadakan pada 18 Januari 2011. Baca dan fahami sendiri motif Hudud PAS. Hudud PAS bukan untuk menegakkan Islam. Hudud PAS hanya untuk membeli undi untuk PRU13. Dirujuk di sini.
Saturday, 22 October 2011
PENTING ke PERTIKAI jumlah yang HADIR HIMPUN??
Kenapa perlu dinilai kejayaan atau kegagalan HIMPUN semalam? Kalau orang yang datang ramai bermaksud BERJAYA lah? Kalau orang yang datang sikit bermakna GAGAL la? Itu ke yang diletak sebagai penanda aras kejayaan dan kegagalan??? Disebabkan ada yang menghasut untuk tidak turut serta, maka timbullah komen-komen dan cerita-cerita tentang jumlah yang hadir.. Itu ke yang PENTING??
Kenapa tidak melihat kepada intipati dalam HIMPUN tu? Apa yang telah disampaikan dan doa-doa oleh Dr Hassan Ali? Bagaimana dilihat susahnya sekarang ini dalam mempertahankan AKIDAH umat Islam yang semakin lama semakin TERHAKIS?? Bagaimana kita lihat kalau PERANAN IBU BAPA tidak diambil berat dalam menyemai rasa cintakan ISLAM kepada ANAK-ANAKNYA?? Apa yang telah terjadi mungkin akan terjadi lagi...
HIMPUN ini biarlah dilihat dari satu sudut POSITIF untuk MEMPERTAHANKAN AKIDAH umat ISLAM.. JANGAN asyik MEMPERLEKEH berita-berita yang akhirnya hanya akan dipandang sebelah mata. BERHUJAH lah atas dasar dan ilmu Agama ISLAM.. Pertahankan ISLAM..
Kenapa tidak melihat kepada intipati dalam HIMPUN tu? Apa yang telah disampaikan dan doa-doa oleh Dr Hassan Ali? Bagaimana dilihat susahnya sekarang ini dalam mempertahankan AKIDAH umat Islam yang semakin lama semakin TERHAKIS?? Bagaimana kita lihat kalau PERANAN IBU BAPA tidak diambil berat dalam menyemai rasa cintakan ISLAM kepada ANAK-ANAKNYA?? Apa yang telah terjadi mungkin akan terjadi lagi...
HIMPUN ini biarlah dilihat dari satu sudut POSITIF untuk MEMPERTAHANKAN AKIDAH umat ISLAM.. JANGAN asyik MEMPERLEKEH berita-berita yang akhirnya hanya akan dipandang sebelah mata. BERHUJAH lah atas dasar dan ilmu Agama ISLAM.. Pertahankan ISLAM..
Tuesday, 18 October 2011
Ada Yang MENENTANG Perhimpunan Sejuta Umat ini??
Apa yang salahnya Perhimpunan Sejuta Umat ini? Masih ada yang menentang? Sejauh mana umat Islam masih mampu pertahankan akidah generasi kini dan akan datang.. Biar kita tahu peranan setiap lapisan umat Islam ini dalam mempertahankan Agama Islam ini.. Islam bukan hanya pada nama, tapi dari segala-segalanya. Sekarang banyak gerakan-gerakan halus yang kita kurang sedar telah tersebar meluas.. Jangan mudah terpengaruh dengan kebaikan seseorang.. Perlu dinilai dari pelbagai sudut.. Apa yang terjadi telah pun berlalu... Ape yang perlu adalah tindakan mencegahnya.. Mengubat?? Parah juga bila sudah terlibat secara langsung dengan aktiviti kristianisasi ini... Yang datang hebat2 belaka.. Jangan dimasukkan unsur politik.. Buka lah mata buka lah telinga seluas-luasnya.. Berhujah lah dengan ilmu bukan sebagai mainan kotor politik... Bersatulah demi kesucian Agama Islam sebagai agama rasmi negara ini..
Wednesday, 12 October 2011
Keadaan semakin parah dan KRONIK!
Keadaan semakin parah dan KRONIK! Itu yang boleh diungkapkan apabila berbicara tentang isu murtad ini. Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, terdapat empat golongan yang menjadi tumpuan utama kumpulan pendakwah Kristian yang sedang bergiat aktif di Selangor:
1. Golongan miskin
2. Golongan Anak Muda
3. Pesakit Kronik
4. Golongan intelek yang berpengaruh tetapi kurang pengetahuan agama.
Tapi rasanya ada lagi golongan-golongan yang menjadi menjadi tumpuan juga sebagai contoh:
1. Ibu Tunggal
2. Pelajar-pelajar sekolah terutama di Bandar
3. Pelajar-pelajar Universiti di Kota Metropolitan
4. Anak-anak di sekolah tadika di bandar
Semakin hari dapat dilihat gerakan kumpulan pendakwah Kristian ini mencari ruang dan peluang untuk menambah bilangan golongan yang murtad. Dulu ada OPS Masih Ada Yang Sayang.. Tetapi sekarang iaitu Unit Selamatkan Aqidah (USA). USA diharap bukan sahaja memberi ceramah semata-mata tetapi beroperasi bagi memastikan keselamatan aqidah generasi muda kini yang cetek pengetahuan agama. “Kebanyakan yang datang pada kita adalah mereka yang menetap di kawasan bandar dan mengaku pernah menerima bantuan daripada gerakan itu akibat kesempitan hidup dan sukar mendapat bantuan daripada pihak berkaitan,” kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
Oleh sebab itu, antara perkara atau aktiviti yang perlu diambil berat dan peranan individu dan organisasi dalam menangani isu ini ialah:
1. Didikan agama perlu disemai sejak kecil lagi menerusi kegiatan keagamaan dan mendekatkan diri serta keluarga dengan aktiviti di surau-surau dan masjid.
2. Pemantauan teknologi internet harus sentiasa diambil berat agar anak-anak muda tidak terpengaruh untuk menonton laman-laman web yang bersifat lucah yang menjadi trend di masa kini oleh kebanyakan golongan remaja.
3. Pergaulan juga harus dikawal agar batas-batas perhubungan di antara bukan muhrim sentiasa diingatkan bagi mengelak punca berlakunya maksiat.
Harus diingat bahawa kumpulan ini menjalankan penerapan fahaman Kristian menggunakan pelbagai taktik dan strategi, termasuk menerusi pendekatan Islamik dengan cara yang sangat halus - sinarharian
Monday, 10 October 2011
Betul la tindakan JAIS!!!
Betul la tindakan JAIS!!! Titah baginda DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor menyatakan tindakan Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis ‘Thanksgiving Dinner’ yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.
Dulu belum apa-apa lagi dah si Khalid Ibrahim minta maaf atas tindakan JAIS. Masa tu dia ni tau ke tindakan tu dah salah? Cuba tengok titah sultan tu, PEMERIKSAAN bukan SERBUAN!! Ada faham ka? Periksa bila terima aduan.. betul la JAIS laksanakan tanggungjawabnya!
"Hak kebebasan beragama telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan. Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam." -agendadaily
errr... Jangan lupa sikat rambut sikit ye...
Dulu belum apa-apa lagi dah si Khalid Ibrahim minta maaf atas tindakan JAIS. Masa tu dia ni tau ke tindakan tu dah salah? Cuba tengok titah sultan tu, PEMERIKSAAN bukan SERBUAN!! Ada faham ka? Periksa bila terima aduan.. betul la JAIS laksanakan tanggungjawabnya!
"Hak kebebasan beragama telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan. Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam." -agendadaily
Friday, 7 October 2011
TERJAWAB sudah Bajet Alternatif vs Bajet Kerajaan 2012!!
Ini bajet memang untuk rakyat..
Sejahtera untuk semua....
DS Anwar Ibrahim mengatakan bahawa bajet alternatif yang dihasilkan ini tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.. Memang la patut macam tu, buang duit je kalau buat bajet angan-angan ini.. Sebab itu, dalam ucapan bajetnya, sempat lagi menyentuh isu-isu peribadi mantan Perdana Menteri. Profesional kah itu??
Kalau nak tengok dari segi kepandaian, memang kurang sikit la pakatan ini sebab dah bentang awal dan minta orang bandingkan. Tentulah apa yang dibentangkan itu telah diperhalusi dan dibincangkan serta diambil kira oleh kerajaan. Tak bijak langsung. Macam ini ke nak tadbir kerajaan?? Cuma terpikir juga, siapa agaknya orang yang buat bajet untuk pakatan tu? Sekadar penganalisa je ke atau orang yang betul2 tau pasal kewangan ni?
Bajet yang dibentang petang semalam dilihat bukan bajet pilihanraya sepertimana yang digembar gemburkan oleh pakatan dari pelbagai aspek dapat dilihat - pengangkutan, pendidikan, pertanian, kemajuan luar bandar, bank, FELDA dan bermula dari anak yang baru dilahirkan hinggalah warga emas mendapat faedah dan kebaikannya. Bukan seperti apa yang dikatakan DSAI "Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup umpama melukut di tepi gantang. "
Monday, 3 October 2011
Bikin PANAS Guan Eng ni!!
Dapat juga info tentang kadar jenayah di 2 negeri ni.. Thanks to Anak Seberang! -klik sini-Pulau Pinang :
Penduduk = 1,520,143 orang
Keluasan = 1,046 km sq.
Jumlah jenayah yang direkodkan = 12,161 kes
Kadar jenayah untuk setiap 100,000 penduduk = 800.06 kes
Johor :
Penduduk = 3,233,434
Keluasan = 19,210 km sq.
Jumlah jenayah yang direkodkan = 20,684 kes
Kadar jenayah untuk setiap 100,000 penduduk = 639 kes
Johor 161.06 kes lebih rendah berbanding Pulau Pinang bagi setiap 100 ribu.
Agak2 la Guan Eng.. Lu cakap biar ada asas.. Jangan main sedap mulut je.. Gua hangin betul tengok lu skarang ni.. Sakit gua dengar lu cakap buruk-buruk pasal Johor.. Tempat lahir gua tu.. Lu jangan main-main.. Minta maaf la dengan sultan.. setakat keluar youtube, muka minta maaf tak ikhlas langsung! Bertanggungjawab la ape yang dah lu cakap... Gua tunggu je lu ni kat simpang!
Kenapa perlu TAKUT dengan HUDUD?
Rasa kurangnya ilmu bila berbicara tentang agama. Hanya sekadar secubit ilmu di dada yang boleh dikongsi bersama.. Hukum hudud adalah hukum Allah. Hukum Allah tak boleh kita pertikai.. Itu adalah rukun iman yang pertama iaitu percaya kepada Allah yang bermaksud percaya kepada perintahNya.. Ada hikmah dan pengajaran di sebalik kenapa hukum ini diturunkan kepada umat manusia. Agama Islam ni tidak akan menindas umatnya hanya dengan hukuman yang dikenakan. Setiap satu kesalahan diperhalusi sebelum dijatuhkan hukuman. Kenapa kita perlu TAKUT kalau KITA TAK BUAT KESALAHAN?
Hukum hudud ni BANYAK MEMBERI PENGAJARAN supaya orang lain TAK BUAT PERKARA-PERKARA BURUK/MAKSIAT yang sama yang boleh MERUNTUHKAN AKHLAK UMAT MANUSIA kalau tidak dibendung.
Zainah Anwar ni dalam artikelnya di The Star kata hukum ini tidak adil kerana berbeza hukuman sekiranya orang itu orang bukan Islam dan di luar negeri yang melaksanakan hudud itu. Sapa ZA ni sebenarnya?? Sister in Islam?? Tetapi kena kita beringat bahawa setiap umat ISLAM boleh lepaskan diri dengan hukuman di dunia TETAPI tidak di AKHIRAT. Hukuman khas untuk umat Islam yang melakukan KESALAHAN adalah untuk memperbaiki diri umat ISLAM sendiri. Kalau tak buat salah, buat apa nak takut?? Biarlah bangsa dan agama lain melihatnya dan mempertikaikannya. Kita punya pendirian, kita punya Agama, itu yang membezakan kita. Semakin kita mendekatkan diri dengan Allah, semakin mudah jalan kita menuju ke arah kebaikan. Janganlah kerana ingin sepakat dalam mendapat kemenangan pilihanraya, kita semakin jauh dengan agama.. NILAI LA SENDIRI!!
Subscribe to:
Comments (Atom)






