Sejak akhir-akhir ini, negara kita telah dihujani dan juga menyaksikan terlalu banyak ideologi ciptaan manusia
terutama di facebook dan blog. Golongan remaja terutamanya sudah semakin berani dalam mempertikai maksud dan terjemahan Al-Quran dan Hadith mengikut pemahaman yang telah dipengaruhi oleh unsur-unsur tohmahan dan ideologi tersendiri yang lebih memperlekehkan dan mempersendakan ayat-ayat suci tersebut. Malah ada juga yang berani mngaku dirinya murtad!! Remaja Melayu juga telah disogok dan dipaksa supaya menerima dan
menganutnya. Ini tidak termasuk lagi dengan perkembangan ajaran - ajaran sesat
dengan berselindung disebalik pelbagai aktiviti sosial seperti tidak dipedulikan oleh sesiapa pun.
Umat Islam kini telah banyak dicemari dengan lingkaran persekitaran yang mengundang ancaman kepada aqidah mereka. Banyak kenyataan dan gambar2 yang dikeluarkan mengguris hati dan perasaan golongan muslim dalam laman sosial. Banyak juga aktiviti yang dirancang membelakangkan agama. Agama telah diletak sebagai perkara no. 2. Keadaan ini menyebabkan golongan Melayu terutamanya semakin alpa dengan duniawi dan melupakan amanah sebagai seorang
muslim terhadap Allah yang mencipta mereka.
Fikirkanlah apabila negara ini diterajui oleh golongan yang menyokong amalan murtad ini...
No comments:
Post a Comment