Wednesday, 30 November 2011

WOW!! Bila orang tak tahu apa ada pada BABI..

Seronok betul tengok pemimpin-pemimpin ini membelai anak babi yang sangat comel itu. Wahhh... bukan main gelak lagi nampaknya. Ok lah tu, tak berdosa pun diorang nak pegang, tak perlu nak disamak pun nati kalau dah balik rumah or balik pejabat. Boleh lah salam-salam dengan rakyat yang berbilang bangsa. OPPSSS... Jangan salam dengan aku ye.. Hehehe... Geli pulak aku tengok. Aku je la yang geli, tak tau plak korang semua. Terpulang pada anggapan masing-masing. Cuma tetiba aku terjumpa satu VIDEO yang lebih mengGIURkan lagi perasaan aku terhadap gambar di atas ni. Cuba korang tengok betul-betul video di bawah ini dan nilaikan ia. Selamat MENONTON!!!

Menarik kan?? Jadi berhati-hati kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah SRJK yang kurang mengambil berat makanan HALAL kepada murid-murid sekolah. Sediakan bekalan makanan secukupnya agar anak-anak yang kecil dan masih mentah tidak mudah membeli makanan di kantin sekolah dan termakan makanan yang tidak halal. Moga hati tidak hitam dan terhindar dari terus jauh menghayati agama Islam... Amin....

Thursday, 17 November 2011

BOB LOKMAN datang LAGI....

BOB... bob... bob... Ada lagi cerita dia ni. Dengar cerita Bob Lokman telah menuduh orang Johor di Ulu Tiram menjadi murtad sebab bangun jam 5 pagi ke Singapura dan tiba di sana jam 7 pagi untuk bekerja. Apabila hampir 10 tahun tak solat subuh maka orang-orang Johor tu menjadi murtad. Mudahnya melabelkan orang murtad?? Jangan terlalu mudah menuduh orang tanpa menyelidik terlebih dahulu. Cicit Tok Kenali ini perlu mendalami ilmu agama macam atuknya. Bagaimana seseorang yang dulunya bergelumang dengan dunia artis, telah berubah dan insaf, terus menjadi penceramah bebas?? Jangan jadi ulama mee segera. Masyarakat perlu memastikan apa yang disampaikan berlandaskan ajaran agama Islam yang sebenar. Jangan mudah mempercayai dengan latar belakang keluarga tetapi bukan individu tersebut! Renung-renungkanlah wahai saudaraku…
p/s: ustaz bob lokman, kalau boleh tak payah la pakai baju t-shirt ada tulisan tu. Pakai jubah ke baju melayu ke, kan elok jadi contoh orang yang datang tengok! macam tak ada baju lain je..

Wednesday, 2 November 2011

Alahai GELI aku TENGOK!


alahai geli aku tengok!

Bila AGAMA tidak diletak atas tunjang paksi utama, maka inilah jadinya. Program Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear yang berlangsung 1 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery. Apakah sekarang ini dah kembali zaman kaum Nabi Luth? Kaum yang telah dibinasakan oleh Allah SWT atas perilaku songsang mereka.

Tak sama ke apa yang diperjuangkan oleh Ambigos Lodos ini tentang perjuangan human right, menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Hah??

Mereka seolah-olah MENUTUPI MATA banyak pihak seperti mereka ini sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.
Fitrah manusia ialah hidup berpasang-pasangan lelaki dan perempuan. Semua agama menolak budaya songsang ini. Perkahwinan atau hubungan sesama jenis adalah suatu noda yang dilarang oleh Islam ke atas penganutnya kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi. Yang menyokong ni tak tahulah nak diletak bawah agama mana.

INGAT kebebasan bukan bermaksud bebas melakukan apa sahaja sehingga bertentangan dengan fitrah dan agama. RASANYA orang yang tidak beragama sekalipun, ada akal boleh fikir apa yang boleh dan apa yang tidak boleh,


Kalau BODOH, BODOH jugak!

Sekadar renungan dan ingatan...
"Hendaklah kamu bertanya orang yang tahu jikalau kamu tidak tahu"
Bila kita tak tahu satu-satu perkara, wajib kita rujuk orang yang betul, tempat yang betul. Dengar betul2. Jadikan ceramah ustaz Azhar Idrus ni sebagai satu ingatan dan ilmu untuk kita tidak ego dan sombong dengan keBODOHan kita sendiri.