Wednesday 12 October 2011

Keadaan semakin parah dan KRONIK!




Keadaan semakin parah dan KRONIK! Itu yang boleh diungkapkan apabila berbicara tentang isu murtad ini. Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, terdapat empat golongan yang menjadi tumpuan utama kumpulan pendakwah Kristian yang sedang bergiat aktif di Selangor:
      1. Golongan miskin
      2. Golongan Anak Muda
      3. Pesakit Kronik
      4. Golongan intelek yang berpengaruh tetapi kurang pengetahuan agama.

Tapi rasanya ada lagi golongan-golongan yang menjadi menjadi tumpuan juga sebagai contoh:
      1. Ibu Tunggal
      2. Pelajar-pelajar sekolah terutama di Bandar
      3. Pelajar-pelajar Universiti di Kota Metropolitan
      4. Anak-anak di sekolah tadika di bandar

Semakin hari dapat dilihat gerakan kumpulan pendakwah Kristian ini mencari ruang dan peluang untuk menambah bilangan golongan yang murtad. Dulu ada OPS Masih Ada Yang Sayang.. Tetapi sekarang iaitu Unit Selamatkan Aqidah (USA). USA diharap bukan sahaja memberi ceramah semata-mata tetapi beroperasi bagi memastikan keselamatan aqidah generasi muda kini yang cetek pengetahuan agama. “Kebanyakan yang datang pada kita adalah mereka yang menetap di kawasan bandar dan mengaku pernah menerima bantuan daripada gerakan itu akibat kesempitan hidup dan sukar mendapat bantuan daripada pihak berkaitan,” kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Oleh sebab itu, antara perkara atau aktiviti yang perlu diambil berat dan peranan individu dan organisasi dalam menangani isu ini ialah:

   1. Didikan agama perlu disemai sejak kecil lagi menerusi kegiatan keagamaan dan mendekatkan diri serta  keluarga dengan aktiviti di surau-surau dan masjid.
   2. Pemantauan teknologi internet harus sentiasa diambil berat agar anak-anak muda tidak terpengaruh untuk menonton laman-laman web yang bersifat lucah yang menjadi trend di masa kini oleh kebanyakan golongan remaja.
   3. Pergaulan juga harus dikawal agar batas-batas perhubungan di antara bukan muhrim sentiasa diingatkan bagi mengelak punca berlakunya maksiat.   

Harus diingat bahawa kumpulan ini menjalankan penerapan fahaman Kristian menggunakan pelbagai taktik dan strategi, termasuk menerusi pendekatan Islamik dengan cara yang sangat halus - sinarharian

No comments:

Post a Comment